Hay (Jerami atau Rumput kering)
Timothy
- Kandungan kalsium dan kalori yang jauh lebih rendah daripada rumput Alfalfa.
- Sesuai untuk guinea pig yang dewasa.
- Perlu diingatkan bahawa pemberian rumput Alfalfa kepada arkus dewasa adalah tidak digalakkan kerana kandungan kalsium yang amat tinggi akan menyebabkan gigi si arkus terlebih panjang dan ia amat menyakitkan arkus anda.
Kalori yang tinggi di dalam rumput Alfalfa juga akan menyebabkan obesiti dan boleh memendekkan umur guinea pig.
Alfalfa
- Mengandungi kalsium dan kalori yang tinggi
- Oleh itu, ia hanya sesuai diberikan kepada ibu guinea pig yang mengandung, ibu menyusu dan baby baru lahir sehingga umur 4-5 bulan sahaja.
- Alfalfa juga boleh diberi kepada si arkus yang sakit kerana ia mempunyai khasiat yang lebih (tetapi sementara sahaja jika kepada guinea pig dewasa).
Pellet (Dedak)Banyak pellet aftermarket sekarang di kedai-kedai pets atau kedai-kedai menjual makanan haiwan peliharaan.
Tetapi sudah memadai dengan pellet untuk arnab yang berjenama sedikit seperti pellet FFM, Cargill, Gold Coin dan bermacam-macam lagi. Pellet arnab merupakan satu alternatif yang lebih bagus untuk memberi khasiat kepada Guinea Pig kerana nilainya yang lebih berpatutan berbanding dengan pellet yang khas untuk Guinea Pig yang harganya sepeket mencecah sekitar RM20 hingga Rm50 ke atas. Berbanding dengan harga pellet arnab yang bernilai sekilo Rm2 dan seguni 20KG-25KG yang mencecah nilai lebih kurang Rm25 ke Rm 50. Harganya lebih ekonomi dan berpatutan justeru sesuai untuk breeder atau pembela guinea pig yang mempunyai bilangan guinea pig 5 ekor dan ke atas.

Antara jenama pellet guinea pig yang bagus ialah Oxbow, Hagen Cobayes, Vitakraft, Britter,Bengy dan bermacam lagi. (tak tahu la yang lain2 tu ape lagi)
Kamu semua jugak boleh dapatkan makanan yang berkhasiat dan ia mudah dijumpai serta yang paling penting ianya percuma. ;
Daun buluh (rebung dan pucuk serta daunnya boleh dimakan, sebab itu panda suka makan), google picture
Daun Napier (mudah dijumpai di kawasan orang membela haiwan ternakan, kawasan orang india(kerana orang india tanam napier ini untuk bagi lembu suci diorang makan, kawasan tepi sungai)
Daun Pisang (daun saja, batangnya jangan sebab bergetah), google picture
Ulam Raja (GP saya sangat suka makan, sekali ngan batang- batang diorg makan)google picture
Daun Jagung(antara kegemaran diorang, daun nie manis, dah nama pun jagung manis),google picture
Rumput (tak kisah la rumput ape pun asalkan baru dipotong, boleh memberi bulu yang berkilat dan baik)google picture
Rumput Israel (senang jumpa, tumbuh meliar je)
Guinea Pig juga perlukan buahan- buahan vitamin C setiap hari atau sekurang- kurangnya 1 ml sehari untuk memastikan kulit dan bulu guinea pig sihat. Boleh beli Vitamin C syrup di farmasi, human consumption. pakai dropper atau syringe boleh, suap ikot mulut.
Pastikan mereka tidak makan Kubis, Ubi kentang atau makanan yang tidak sesuai dan boleh memudaratkan Guinea Pig jika memakannya secara berterusan seperti bayam, kangkung, celery, salad bulat dan bermacam- macam lagi. Tolong dapatkan khidmat nasihat atau pengesahan khasiat buahan atau sayuran itu untuk Guinea Pig daripada internet atau bertanya kepada yang lebih tahu
Salam
BalasPadam